Negara Dan Letaknya Di Dalam Islam
Allah s.w.t berfirman, al-Hadeed:25, al-Haj:41, al-Qasas:83, an-Nisa’:58.
Negara adalah suatu kefarduan dalam syari’at dan satu keperluan asasi bagi manusia. Negara bertujuan memelihara agama, menawar keadilan dan mengurus kesejahteraan warganya. Kekuasaan pada sesebuah Negara itu adalah tanggungjawab seluruh masyarakat dan tugas kekhalifahan tertanggung di atas pundak semua. Setiap individu dikira sebagai penanggungjawab terhadap Negara, bertanggungjawab menyemak-timbang Negara, Negara yang merupakan alat terpenting untuk memperhebat masyarakat dalam merealisasi misi mereka justeru membangun peradaban ke peringkat global.
Negara dengan kefahaman tersebut, tidak mengabaikan tujuan-tujuan (maqasid) syari’ah iaitulah agama, akal, jiwa, keturunan dan harta, termasuklah melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawa
Negara di sisi Islam berpasak kepada tiga prinsip asasi, iaitu; Adil, Bebas dan Jihad.
ADIL di sisi Islam adalah asas kepada perundangan, selari dengan firman Allah s.w.t an-Nisa’a:58, an-Nahl:90, al-Ma’idah:8.
MERDEKA atau BEBAS, ia tidak pernah dipraktis oleh mana-mana kuasa selain dari Islam termasuklah perbatasan yang terjajah oleh kerajaan-kerajaan asing (bukan tempatan). Bukankah al-Munafiqun:8 telah membuktikannya? Warga sebuah Negara Islam mustahil mengalami kezaliman pemerintahnya yang menjerumuskan rakyatnya kepada kehinaan dan sikap tidak bertamadun. Umar r.a pernah berkata kepada Amru al-‘As r.a, “sejak bilakah kalian perhambakan manusia sedang mereka dilahirkan dengan merdeka oleh ibu-ibu mereka”. Imam al-Banna menyebut, “Kami menyeru manusia kepada Islam, kerajaan dan kekuasaan adalah sebahagian darinya, kebebasan adalah antara kefarduannya”.
JIHAD adalah perkara yang mengakar di sisi Negara Islam. Sebagaimana difirmankan Allah s.w.t al-Anfaal:60. Tiadalah makna Negara tanpa wujudnya perjuangan, mustahillah terjaga sebuah kebebasan tanpa kekuatan, mana mungkin kesejahteraan warga terhasil tanpa ketenteraan kuat yang siap mempertahankan tanah airnya, juga siap berperang saat diperlukannya, siap dimobilasi dan dikerah. Ketenteraan yang menentang permusuhan dan kekacauan.
Penulis: Dr 'Esham 'Eryan
Kitab: Daulah Madaniah (Negara Madani)
Penterjemah: Siasah Rahmah - SR