PERBAHASAN HUKUM SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH DI ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR - SIRI 2



Kedua : Analisa Politik Mengenai Situasi di Saqifah Bani Saadah.

1. Golongan Ansar yakin bahawa mereka lebih berhak keatas kuasa pemerintahan (khalifah) berbanding yang lain.

Keyakinan ini tidak timbul begitu sahaja, tidak juga kerana keinginan untuk berkuasa tetapi ianya bersebab. Golongan Ansar adalah kelompok utama dan merupakan salah satu golongan daripada golongan-golongan yang menjadi asas kepada masyarakat muslim, mereka berpandangan bahawa merekalah yang paling layak untuk memikul beban pemerintahan. Ini juga didorong oleh kerisauan bahawa akan timbulnya perpecahan dan pergaduhan dalam kalangan masyarakat muslim, mereka merasakan bahawa merekalah yang paling layak atas beberapa sebab:

a. Golongan Ansar disebut dalam al-Quran, Allah memuji mereka:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءوا االدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَايَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُو عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang berjaya." (Al-Hasyr: 9)

Ayat ini menyebutkan beberapa kelebihan golongan Ansar:

-keimanan
-cinta dan kasihnya mereka kepada golongan Muhajirin
-bersih dan sucinya hati mereka
-disifatkan sebagai "orang yang berjaya", dan ini merupakan pengiktirafan yang tidak ternilai

b. Sokongan mereka terhadap Rasulullah sejak daripada awal ketika mana pimpinan dan ketua mereka berbai'ah kepada Rasulullah pada kali pertama di Safa dan juga bai'ah yang kedua, dan juga pengorbanan mereka yang tidak terhitung demi menegakkan Islam. Mereka juga adalah asas dan intipati kepada Islam disebabkan bilangan mereka yang ramai dan majoriti manakala bilangan Muhajirin adalah sedikit.

Tambahan lagi, mereka menyerahkan tanah mereka iaitu bumi Madinah kepada Rasulullah dan menjadikan diri, anak-anak, harta dan segala potensi mereka semuanya sebagai khidmat kepada Rasulullah.

c. Pujian yang Rasulullah berikan kepada mereka secara khusus dalam banyak peristiwa, juga wasiat kepada mereka antaranya:

- Sebuah Hadis:

قوله صلى الله عليه وسلم: «لولا الهجرة لكنت امرأً «من الأنصار

"Jika bukan karena hijrah, pastilah aku menjadi salah seorang daripada kalangan Ansar.

- Wasiat rasulullah kepada mereka:

«أوصيكم بالأنصار فإنهم كرشي وعيبتي، وقد قضوا الذي عليهم، وبقي الذي لهم فاقبلوا من محسنهم، وتجاوزوا عن مسيئهم» .

"Aku berwasiat kepada kamu dengan Ansar. Sesunguhnya Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka"

- Rasulullah mengaitkan keimanan seseorang itu kepada kecintaannya terhadap Ansar:

«الأنصار لا يحبهم إلا مؤمن ولا يبغضهم إلا منافق فمن أحبهم أحبه الله، ومن أبغضهم أبغضه الله»

“Tidak mencintai mereka (Ansar) kecuali orang mukmin, dan tidak membenci mereka melainkan orang munafik. Barangsiapa mencintai mereka niscaya Allah akan mencintainya, dan barangsiapa membenci mereka niscaya Allah akan membencinya.”

- Dan dalam hadis yang lain:

آية الإيمان حب الأنصار، وآية النفاق بغض الأنصار»

"Tanda keimanan seseorang adalah kecintaannya kepada Ansor, dan tanda nifaq seseorang adalah kebenciannya terhadap Ansar"

- Doa Rasulullah kepada semua Ansar:

قوله صلى الله عليه وسلم: «اللهم ارحم الأنصار وأبناء الأنصار، وأبناء أبناء الأنصار

"Ya Allah, rahmatilah para Sahabat Ansar, anak-anak orang Ansar dan cucu-cucu orang Ansar .”

- Kata-kata Rasulullah pada hari pembukaan Kota Mekah:

«أنا محمد عبد الله ورسوله، هاجرت إلى الله وإليكم، فالمحيا محياكم والممات مماتكم»

"Aku hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku berhijrah kepada Allah dan kepada kalian. Hidup ini adalah hidup bersama kalian. Mati ini adalah mati bersama kalian."

- Rasulullah menjamin kesucian budi dan kesetiaan mereka:

، يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم في حقهم: «ما ضر امرأة نزلت بين بيتين من الأنصار أو نزلت بين أبويها

"tidak akan mudharat seorang wanita datang ke bawah antara dua buah rumah dari Ansar atau mendarat di antara ibu bapanya"

d. Rasulullah jadikan tanah mereka (Madinah) sebagai ibu kota kepada daulah dan Rasulullah tidak kekal di Mekah selepas pembukaannya malah pulang ke Madinah seakan Madinah itu sebahagian daripada diri baginda. Ini menunjukkan kesetiaan Rasulullah S.A.W dengan apa yang dijanji kepada golongan Ansar ketika pertemuan mereka yang pertama, atau lebih khusus dikenali dengan Bai'ah Aqabah Al-Kubra, ketika mana baginda bersabda kepada mereka:

((الدم الدم، والهدم الهدم))

Darah adalah darah dan binasa adalah binasa (bermaksud Rasulullah akan bersama orang-orang Madinah, perang sama berperang, binasa sama binasa)

e. Mereka golongan yang tidak cintakan pangkat dan harta kekayaan sepanjang hayat mereka bersama Baginda Rasulullah. Tidak boleh dibandingkan manusia lain dengan mereka sehingga ada ketika Rasulullah melebihkan mereka daripada golongan-golongan lain. Tentunya kisah Perang Hunain kekal dalam memori kita apabila Rasulullah memberikan golongan yang baru memeluk islam apa yang tidak diberi kepada mereka sambil Rasulullah bersabda: "tidakkah engkau redha mereka pulang ke rumah mereka dengan harta rampasan perang dan kamu semua pulang dengan Rasulullah ke rumah kamu".

f. Pengalaman dan sifat negarawan mereka dalam urusan politik yang mereka peroleh sepanjang kebersamaan mereka dengan Rasulullah selama pembinaan negara islam Madinah. Sesunggunhnya mereka bersama Rasulullah dalam setiap detik perjuangan Baginda.

g. Golongan Ansar dikenali dengan pemelihara Al-Quran yang merupakan tonggak dalam perlembagaan umat islam, terdapat sebahagian daripada mereka yang menghafal Al-Quran melalui hati dan ingatan antaranya Muaz bin Jabal, Abu Zaid dan Zaid bin Thabit.

Penulis : Sheikh Muhammad Ali as-Salabi

Penterjemah : Siasah Rahmah - SR

Sumber : https://www.facebook.com/iumsonline/photos/a.206131722753233.56019.185412838158455/1347053435327717/?type=3
Share:

BUKU POLITIK RAHMAH

BUKU POLITIK RAHMAH
RM 35 - Hubungi Muaz Arif 0137946841

Popular Posts

Total Pageviews

Blog Archive