IKHWAN MUSLIMIN DAN NEGARA MADANI - SIRI 4



Antara Negara Islam dan Negara Agama

Islam tidak pernah mengiktiraf pendewaan manusia, bahkan menggagaskan konsep samarata antara manusia. Di sana, wujudnya Pencipta (Dialah Allah) dan yang dicipta iaitu manusia seluruhnya. Tiada keistimewaan seorang pemimpin ke atas pimpinannya, pemimpin tidak punya talian langsung ke langit yang mendewainya. Pemerintahannya tidak sakral. Pemerintah tidak berhak mendakwa bahawa dia terhubung oleh suatu kuasa ketuhanan seterusnya mendewakannya.

Islam turut menidakkan pemuliaan serta pengistimewaan atas faktor nasab dan kebangsaan. “wahai Fatimah anak perempuan Muhammad peliharalah dirimu, aku ini tidak mampu memeliharamu dari kemurkaan Allah walaupun sedikit”. Seorang pemimpin tidak boleh membezakan perundangan ke atas nasab keturunan atau bangsanya. Rujuk al-Hujurat:13.

Demikianlah Islam menafikan sebarang dakwaan ‘eshmah atau maksum (bebas dari kesilapan) yang dicanangkan oleh para pemerintah yang mengatakan bahawasanya mereka itu suci atau mendapat ilham dari langit. ‘Eshmah atau maksum di sisi Islam hanyalah untuk Nabi Muhammad yang terpandu tindak-tanduknya oleh wahyu daripada Allah.

Gambaran sedemikian tidak pernah dikaitkan oleh ajaran Islam, ia dikenali sebagai badan ‘agama’ baik dalam skala individu, rumpun ataupun pertubuhan-pertubuhan. Brahma misalnya di sisi Hindu, Ahbar atau Rabi di sisi Yahudi termasuklah Kristian. Kerana interaksi antara tuhan dan hamba pada konsepnya di dalam Islam, adalah hubungan langsung yang terbuka dan tidak eksklusif. “Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian berteguhlah”. Islam tidak pernah mengenali sepanjang sejarahnya, sebagaimana kecelaruan kuasa-kuasa rohani yang memaparkan pertembungan antara gereja dan Negara.

Perbezaan yang paling ketara antara Negara Islam dan Negara Teokrasi adalah, sumber perlembagaan dan perundangannya. Bagi Negara Islam, ummah adalah sumbernya. Kerajaan dan agensi-agensinya bertanggungjawab memastikan pelaksanaan ajaran-ajaran Islam seterusnya memandu ummah kearah kemajuan dunia dan agamanya.

Maka ummah, adalah sumber pemerintahan. Aspirasi ummah dan sumpah setia mereka, adalah dua sumber kepada kekuasaan melalui dengar dan taat. Di sisi Islam, pemerintah berhak mendapat dengar dan taat, ia adalah satu keterikatan yang langsung melalui satu perjanjian. Perjanjian tersebut terikat pula dengan ketaatan kepada Allah yang menuntut para mu’min memberi taat setia mereka kepada perjanjian yang disebut di dalam al-Ma’idah:1.

Menelusuri hal ini, hak dengar dan taat ini membawa kita kepada syarat-syaratnya yang asasi; melalui hadith “sesungguhnya ketaatan itu pada yang ma’ruf (ketaatan pada Allah)” dan “tiada ketaatan ke atas makhluk jika (ketaatan itu) membawa kepada ma’siat ke atas Khaliq (pencipta)”.

Jika hal tersebut berlaku, maka terbatallah dengar dan taat kerana ia langsung terkeluar daripada perjanjian yang dipersetujui antara pimpinan dan rakyat.

Penulis: Dr 'Esham 'Eryan
Kitab: Daulah Madaniyah (Negara Madani)
Terjemahan: Siasah Rahmah - SR
Share:

BUKU POLITIK RAHMAH

BUKU POLITIK RAHMAH
RM 35 - Hubungi Muaz Arif 0137946841

Popular Posts

Total Pageviews

Blog Archive