ISLAM AGAMA RAHMAH - SIRI 1


Jika muslim mengamati Kitabullah dan Sunnah Rasulullah, kita pasti tidak akan dapati agama mahupun sistem ataupun undang-undang dan syariat lain yang lebih memberi penekanan terhadap unsur RAHMAH dan KASIH SAYANG berbanding agama Islam.

Allah membuka kitabnya yang agung, yang menjadi perlembagaan umat ini dengan:

(بسم الله الرحمن الرحيم)

Rangkap yang terbina atas dua sifat Allah yang Maha Tinggi, Ar-Rahman: menunjukkan sifat RAHMAH yang luas dan meliputi seluruh alam:

(ورحمتي وسعت كلّ شئ)
"dan RAHMAHKU meliputi segalanya"

Insan dan haiwan, dan setiap ciptaan-Nya, diciptakan dengan RAHMAH, diberikan petunjuk dengan RAHMAHNya, hidup dalam RAHMAHNya, mati dalam RAHMAHNya, segalanya disentuhi dengan RAHMAH Allah, diberikan rezeki dan nikmat yang tidak terhitung.

Ar-Rahim: RAHMAH yang dikhususkan kepada hambaNya yang berhak terhadap RAHMAH ini di akhirat.

Diulangi ayat ini pada permulaan setiap surah di dalam Al-Quran kecuali Surah At-Taubah/Al-Baraah akan tetapi ianya diganti di dalam surah An-Naml. Dengan itu menjadikan bilangan ayat ini diulang menyamai bilangan surah di dalam Al-Quran iaitu 114.

Kemudian Al-Quran dibuka dengan surah Al-Fatihah, yang mana dimulai dengan:

{الحمد الله رب العالمين }
"Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam"

Rububiyah: perkembangan manusia sedikit demi sedikit hingga menjadi
ciptaan yang sempurna mengikut kehendakNya juga merupakan RAHMAH, malahan merupakan puncak RAHMAH. Seterusnya diulangai lagi kedua sifat ini, Ar-Rahman dan Ar-Rahim di dalam surah tersebut.

Perkataan RAHMAH ini diulang di dalam Al-Quran dalam pelbagai bentuk, tempat dan juga pelbagai peringkat sebanyak 300 kali. Jika ditambahkan lagi sifat dan perkataan yang membawa tema yang sama dengan sifat RAHMAH, terdapat lebih
daripada 1000 ayat, menjadikannya satu per enam daripada Al-Quran.

Tidak cukup dengan penekanan sifat RAHMAH ini di dalamnya, Al-
Quran juga memperkenalkan Rasulullah dengan menyifatkan risalahnya sebagai risalah RAHMAH.

( وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين)
"Dan tidak aku utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai RAHMAH kepada sekalian alam"

Dan Rasulullah sentiasa mempamerkan sifat RAHMAH ini dalam setiap detik hidup baginda sama ada kepada orang muslim mahupun bukan muslim kecuali kepada mereka yang melampaui batas dan menunjukkan permusuhan.

Melainkan mereka yang menunjukkan permusuhan, Rasulullah adalah manusia paling RAHMAH sifatnya kepada yang lain. Abu Jahal menyeksa Rasulullah pada waktu siang, namun baginda mendokannya di waktu malam:

( اللهم أعز الإسلام بأحد العمرين)
"Ya Allah kau perkuatkanlah Islam dengan salah satu daripada dua Umar"

Ketika mana baginda menerima siksaan yang sangat dahsyat daripada masyarakat jahiliah, dan kanak-kanak melempar batu-batu kepadanya hinggakan berdarah kepalanya. Baginda duduk di bawah pokok kemudian berbicara dengan Allah dan mengatakan sekiranya engkau tidak murka ya Allah, maka aku redha, lalu turun pula malaikat menawarkan penghancuran kepada mereka yang menyakiti baginda tetapi baginda menolaknya, malah berdoa mengatakan: "Aku mengharapkan Allah mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah serta tidak mempersekutukannya"

Bersambung...

Penulis : Sheikh Prof. Dr. Ali Muhyeddin al-Qurradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia)
Terjemahan : Siasah Rahmah - SR
Sumber : http://www.qaradaghi.com/Details.aspx?ID=3354
Share:

BUKU POLITIK RAHMAH

BUKU POLITIK RAHMAH
RM 35 - Hubungi Muaz Arif 0137946841

Popular Posts

Total Pageviews

Blog Archive