KEZALIMAN: JENIS, KESAN, DAN LANGKAH PENCEGAHANNYA - SIRI 2



KESAN-KESAN KEZALIMAN

1. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith daripada Imam Ahmad: “Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada (hijab) penghalang antaranya dengan Allah”.

Maka doa orang yang dizalimi adalah doa yang mustajab (makbul) walaupun dia seorang yang kafir mahupun seorang yang melakukan maksiat kerana dosa maksiat itu terkena atas dirinya sahaja.

2. Kezaliman disifatkan sebagai kegelapan pada hari kiamat. Maka bagaimana orang yg dilselebungi kegelapan pada hari kiamat akan berjaya?

3. Sesungguhnya Allah boleh mencepatkan hukuman di dunia sebelum akhirat sekiranya Dia mahu. Hukuman di akhirat adalah sebuah janji yang tidak akan Allah mungkiri.

{ وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ }

Allah berfirman : “Dan janganlah engkau mengira, bahawa Allah leka daripada apa yang dilakukan oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan (hukuman) mereka sampai hari pada waktu itu mata (mereka) terbeliak.” [Ibrahim: 42]

4. Sekiranya kezaliman berlaku dalam sebahagian individu dalam sebuah ummah, maka Allah akan mengazab seluruh ummah itu keseluruhannya.

Kemudian dihimpunkan setiap satu berdasarkan niatnya dan diberikan ganjaran ke atas mereka yang tidak turut serta dalam kezaliman dan fitnah tersebut.

: { وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب }

Allah telah berfirman: “Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu. Ketahuilah bahwa Allah sangat keras seksaan-Nya”. [Al-Anfaal: 25]

Pada hari ini, kita lihat apa yang berlaku di dunia sekarang iaitu kezaliman dan fitnah tidak lain ianya berpunca daripada kezaliman besar yang berlaku dan kita semua diberikan hukuman di dunia.

Hal ini dapat juga dilihat dalam lembaran sejarah yang tidak dapat lari daripada Sunnatullah yang tiada ganti dan tukar baginya. Maka Sunnatullah yang diturunkan adalah bagi membinasakan mereka yang menzalimi mahupun yang redha dengannya.

{ هَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الظَّالِمُونَ }

Allah telah berfirman : “…maka adakah yang dibinasakan (Allah) selain orang-orang yang zalim?” [al-An’aam: 47]

Ibnu Khaldun telah menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Muqaddimah dibawah tajuk “Kezaliman Petanda Kehancuran Sebuah Tamadun” yang disandarkan kepada catatan dan lembaran sejarah.

Dunia kita pada hari ini dipenuhi dengan kezaliman yang besar khasnya yang dilakukan orang negara-negara yang menjajah kemudian kezaliman dalam negara yang dilakukan oleh orang islam dan selainnya bersama.

Penulis : Sheikh Dr Ali Muhyeddin Al-Qaradaghi
Terjemahan : Siasah Rahmah
Sumber : http://www.qaradaghi.com/Details.aspx?ID=3603
Share:

BUKU POLITIK RAHMAH

BUKU POLITIK RAHMAH
RM 35 - Hubungi Muaz Arif 0137946841

Popular Posts

Total Pageviews

Blog Archive