KEDUDUKAN WANITA DI SISI ISLAM


Seorang wanita yang terhormat telah mengadu kepada saya bahawa dia mendengar Khatib Jumaat berkata:

"Allah telah merahmati zaman di mana wanita tidak pernah keluar selamanya kecuali hanya tiga kali, iaitu dari perut ibunya, dari rumah ayahnya ke rumah suami dan dari rumah suaminya ke kubur!"

Wanita tersebut berkata:

"Adakah ini yang digariskan oleh islam untuk kami (wanita)?"

Lalu aku menjawab sesungguhnya Khatib itu telah berada di dalam kefasadan yang nyata apabila berlalunya ketamadunan yang baru, maka dia telah katakan apa yang cuma dia tahu dan itu tidak dipersetujui. Sesuatu penyelewengan tidak boleh diubati dengan kesalahtafsiran.

Seseorang wanita boleh keluar untuk menunaikan solat berjemaah 5 kali sehari pada hari ini, wanita juga dibenarkan untuk keluar bagi memenuhi hajatnya ke pasar-pasar dan tempat jual beli, wanita juga boleh keluar bersama tentera sekiranya padanya ada kemahiran ketenteraan atau perubatan atau kejuruteraan.

Zaman yang memberi rahmat serta pengajaran buat kita semua adalah zaman kenabian, itulah zaman yang terbaik. Manakala zaman penyelewengan dan kejahilan kita tidak merujuk dan berpegang padanya.

Khatib yang disebutkan tadi melihat kehancuran keluarga di barat, anak-anak terbuang, dan masalah yang berleluasa maka sebab itulah dia menyebutkan apa yang dia ingin sebutkan. Sewajarnya teksnya disampaikan dengan amanah dengan meletakkan wanita sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran dan dijelaskan oleh As-Sunnah.

Pemimpin dahulu yang hebat, Abdel Hamed bin Bades telah menulis tentang Ar-Rabi' binti Muawwidz, beliau berkata:

"Sesungguhnya Ar-Rabi' telah hadir pada Bai'ah Ar-Ridhuan dan beliau adalah antara mereka yang berperang bersama Nabi dan wanita-wanita yang lain. Mereka (wanita-wanita) berkhidmat untuk para tentera, memberi minum air, merawat luka-luka dan membawa para tentera ke Mqadinah (Bandar)."

Ibn Bades berkata selepas beliau menerangkan pandangan agama tentang wanita:

"Menjadi satu kewajipan untuk menjaga segala yang telah difardhukan Islam ke atas mereka daripada aspek penjagaan, tidak bertabarruj dan tidak bergaul bebas! Kehidupan sesebuah ummah tidak akan lengkap kecuali wujudnya dua pihak, Lelaki dan Wanita."

Seorang lelaki yang cuba menyingkap nilai yang telah diriwayatkan oleh At-Thabrani daripada Aishah secara marfu' berkaitan urusan bagi wanita:

"Janganlah kalian mengeluarkan para perempuan dari rumah, dan janganlah mengajari mereka baca tulis, tapi  ajarkanlah mereka menjahit serta membaca surah An-Nur." 

Jelas sesungguhnya hadis ini adalah makzub (tipu). Kita dikhabarkan tentang kesilapan kita dengan menghukum masyarakat islam dengan hadis maudhu' ini sejak berkurun lamanya!

Manakala Hadis yang Mutawatir dan Sahih pula telah disempitkan dengan kaedah yang ganjil. Dengan sebab itu, orang-orang Islam bertindak seperti negara kelas ketiga, bersesak-sesak dalam kehinaan gerombolan manusia yang kehilangan pendidikan yang sebenar. Tidak wujud pendidikan andai wanita masih dalam kejahilan, mengasingkan diri daripada ilmu dan ibadah, seruan kearah kebaikan dan urusan orang islam.

Perakar yang terakhir, sekiranya seorang lelaki berkata tentang dirinya:

"saya tidak akan pergi ke kafe-kafe dan kelab-kelab, hidupku adalah antara pekerjaanku dan rumahku!"

Maksud daripada kata-kata ini difahami iaitu bukan bermaksud tidak akan selamanya ke masjid atau ke pasar.

Begitu juga dengan perintah agar wanita duduk di rumah! Ia membawa maksud agar wanita sentiasa peka dengan tanggungjawab asasinya sebagai seorang suri rumah dan menjaga kepentingan keluarga, akan tetapi tidak bermaksud rumah adalah penjara bagi dirinya dan tidak boleh keluar langsung kecuali apabila mati atau bertemu suaminya!

Penulis: Shiekh Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah: Siasah Rahmah
Sumber:  منزلة المرأة في الإسلام

Serendah RM 1 anda boleh bersama menjayakan usaha penterjemahan kami:

SIASAH RAHMAH RESEARCH & CONSULTANCY (5646 8711 0114 - Maybank)

Ikuti kami di Facebook: Siasah Rahmah - SR

Kami juga di Telegram : https://t.me/siasahrahmah

Kami juga di Instagram : https://www.instagram.com/siasahrahmah/
Share:

BUKU POLITIK RAHMAH

BUKU POLITIK RAHMAH
RM 35 - Hubungi Muaz Arif 0137946841

Popular Posts

Total Pageviews

Blog Archive